Nak Ubahsuai Rumah Di KL / Selangor Tapi Takut Ditipu Kontraktor Tidak Berdaftar?

Miliki Pengubahsuaian Rumah Yang Cantik & Moden Pada Harga Berpatutan & Gerenti Siap!

  • Tanpa ragu-ragu
  • Tanpa rasa takut ditipu
  • Tanpa rasa takut rumah tak kuat atau runtuh
  • Tanpa rasa takut rumah terbengkalai atau tak siap
  • Tanpa rasa malu sekiranya rumah tidak cantik dan kemas
  • Tanpa ragu-ragu
  • Tanpa rasa takut ditipu
  • Tanpa rasa takut rumah tak kuat atau runtuh
  • Tanpa rasa takut rumah terbengkalai atau tak siap
  • Tanpa rasa malu sekiranya rumah tidak cantik dan kemas

Tahukah Anda 92% Kontraktor Ubahsuai Tidak Berdaftar?

Nak Ubahsuai Rumah, Tapi Risau...

Bahan Binaan Tidak Berkualiti, Hasil Tidak Cantik & Tidak Kemas

(Sentuh Di Sini)
Ramai yang ingin ubahsuai / renovate rumah menjadi lebih cantik luas dan selesa. Apabila berkunjung ke rumah kawan dan sedara semasa raya atau kenduri-kendara, bila lihat rumah mereka luas dan cantik kita juga mesti teringin nak rumah kita cantik seperti mereka, tapi banyak yang mengadu kepada kami mereka risau sebab banyak mereka lihat dimedia sosial diviralkan ubahsuai / renovate rumah yang tidak cantik tidak kemas dan bahan binaan tidak berkualiti

Tidak Siap & Terbengkalai Serta Tidak Boleh Didiami

(Sentuh Di Sini)
Semasa kerja ubahsuai / renovate rumah sedang dalam progress macam2 perkara juga timbul, antaranya nak kena sewa rumah lain sebab nak duduk kat rumah yang sedang progress ubahsuai / renovate tak selesa biasa lah dengan habuk, bising dan penuh dengan barang2 dan peralatan binaan bahaya.. tapi yang tak bestnya bila rumah tak siap terbengkalai – rumah sewa kena bayar, loan rumah sendiri yang tengah renovate pun kena bayar, double cost.

5 Sebab Utama Masalah Ini Berlaku

Bila pemilik rumah atau kita yang nak ubahsuai / renovate rumah kurang lakukan research, memang membuka ruang yang besar untuk kontraktor ubahsuai / renovate rumah yang tak bertanggungjawab ni scam kita. Peluang dah ada depan mata, jadi diorang apa lagi… Kekadang tu bukan kontraktor pun yang scam kita, kita dikenakan oleh orang yang kita percaya… kawan ofis, sedara, adik- beradik… kononnya ada kenalan kontraktor yang bagus rekomen kat kita… rupanya diorang pun baru kenal kontaktor tu, just ambik semborono sahaja untuk dapat komisen upfront… bila tengah progress ubahsuai / renovate langsung tak ambik port… bila time payment laju ja diorang muncul… ingatkan penasihat rupanya punahsihat…

Ramai yang nak jadi kontrakor sebab melibatkan kos yang tinggi, nak ubahsuai / renovate dapur pun sekurang2nyan rm15k – rm25k, banyak tu… belum lagi major renovation macam total renovation rumah setingkat naik kepada 2tingkat – at least kosnya dalam rm200k – rm300k, padu tu… tapi bila dapat projek sebab takde pengalaman terus jual kat kontraktor lain (sub), cuma ambik komisen ja… tak salah kalau nak sub projek pada kontraktor lain, yang salahnya bila hanya fikir pasal komisen ja, projek ubahsuai / renovate tu kita buat tak endah ja… betul ka tak betul ka sub yang kita lantik tu buat keje… tapi bila time payment turun laju ja huhu…

Satu lagi bila cerita bab kontraktor tidak berpengalaman ni… bukan nya kontraktor tu baru jadi kontraktor tapi disebabkan projek kerajaan dah kurang sekarang ni… jadi banyak juga kontraktor projek nak masuk dunia ubahsuai / renovate rumah… game projek, game ubahsuai rumah lain yea… walaupun dua2 adalah kontraktor… ubahsuai / renovate rumah ni fast moving projek dan byk detailing yang perlu diambilkira, timing kerja pun lain – kalau projek boleh lanyak 24jam kerja, ubahsuai / renovate rumah bila time public tak boleh kerja, sabtu tak boleh bising sebab jiran sedang berehat, pukul 6petang memang kena stop keje maksima pukul 7petang, malam memang tak payah cerita lah kecuali jenis jiran yang ok dan sporting.

Tidak dinafikan kemasukan warga asing ke negara kita membantu merancakkan sektor pembinaan… ada juga yang mengatakan kalau takde orang indonesia dan bangla di Malaysia tak naik KLCC… ada benarnya. Tapi dalam sesebuah projek yang berjaya dan berkualiti perlu ada pihak yang memastikan kerja yang dilaksanakan oleh pekerja2 binaan ini betul dan mengikut specifikasi dinamakan supervision team dalam skala projek lebih besar ada supervison team dari pihak perunding (consultan) – sebagai contoh pekerja indonesia/ bangla ini memang boleh bancuh konkrit, tapi betulkah campuran tersebut? Diorang boleh potong dan ikat besi, tapi soalannya betulkah saiz dan kedudukkan besi tersebut? Jadi siapa yang perlu periksa perkara-perkara ini?

Sebagai pemaju perumahan, diorang lagi nak cost pembinaan ini semurah yang mungkin tetapi kenapa pemaju perumahan masih melantik supervision team, kenapa diorang tak memilih untuk direct bagi projek ini kepada indonesia dan bangla… kan lebih murah? Murah tak semestinya bagus… apa guna kalau harga murah tapi tak kukuh dan selamat strukturnya, tak kemas dan berkualiti hasilnya… nanti nak jual rumah tu pun tak boleh, tak laku… jadi lebih baik spent lebih untuk dapat hasil yang lebih baik.

Jadi kenapa bila ubahsuai / renovate rumah direct kepada indonesia dan bangla selalu bermasalah? Sebab bila direct pada team pekerja tiada lah team supervision… jadi bila tiada team supervision siapa yang kena periksa kerja yang dibuat oleh indonesia dan bangla ini… siapa lagi, pemilik rumah (owner) sendiri lah yang perlu check dan pantau kerja diorang… yang jadi problem nya bila direct sub ke indonesia dan bangla ni owner serah bulat2 pada mereka… dah owner pun takde knowledge berkaitan ubahsuai / renovate rumah… kena indonesia dan bangla yang bagus, ok lah… kena jenis baru2 nak up, baru2 nak start… memang habis lah… gigit jari nangis sorang2 kat bucu katil…

Kebanyakkan sebutharga yang diberikan oleh kontraktor ubahsuai / renovate rumah adalah Sebutharga Harga Pukal (Lump Sum Price), tidak mempunyai details atau harga yang spesifik berkenaan dengan harga untuk setiap item binaan seperti tile, cat, aksesori tandas dan lain2 kemasan. Jadi kebiasaanya akan berlaku pertelingkahan antara owner dan kontraktor semasa kerja ubahsuai / renovate dijalankan. Kontraktor assume jenis lain owner pula dan mimpikan jenis yang lain, bila pada peringkat award kontrak kerja ubahsuai / renovate rumah ini tidak clear akan menyebabkan byk pertelingkahan… itu yang buatkan projek tak berjalan lancar, owner dan kontraktor tak bersefahaman.

Untuk makluman kadar harga (rate) yang digunakan dalam sebutharga juga penting, rate utk projek kerajaan untuk projek2 besar tidak boleh digunapakai untuk projek ubahsuai / renovate rumah. Contohnya sekiranya projek bina sekolah bernilai rm20juta, sekali beli simen 2-3lori besar dalam 800bag simen selori tapi projek ubahsuai / renovate rumah kalau oder satu pallet simen 40bag pun dah consider banyak… jadi mana sama rate harga beli simen 40bag dengan 2400bag sekali beli… beli borong confirm lah harga lebih murah…

Pihak ke-3 contoh pertama adalah Majlis Perbandaran, jadi untuk tidak diganggu oleh Majlis pastikan projek ubahsuai / renovate rumah anda mempunyai permit kerja yang diluluskan oleh Majlis. Memang lah nak buat permit ni pun perlu kos yang banyak, kalau ubahsuai / renovate yang minor mcam extent dapur atau porch mungkin dalam rate rm2k-5k, kalau lebih besar ubahsuai / renovate lebih tinggi nilai kos submission untuk buat permit ini dalam rm7-10k… ini kalau pakai runner (pelukis pelan berdaftar) kalau pakai arkitek ratenya mungkin boleh pergi sekali ganda dalam rm15k-rm20k… itu belum lagi sekiranya ubahsuai / renovate yang melibatkan proses Kebenaran Merancang (KM), confirm rate nak buat KM ni lebih daripada rm25k… apa2 pun lebih baiklah mohon permit kerja ini, kalau tak majlis akan kenakan penalti dan site di sita kena stop tak boleh jalan dulu selagi submission dan penalti/denda tidak dibayar.

Pihak ke-3 yang kedua yang boleh menyebabkan site jadi huru hara adalah jiran… huhu… jangan ambil mudah dengan jiran yea, pengalaman kami selama 10tahun dalam ubahsuai/ renovate rumah ni… macam2 perangai jiran yang kami dah jumpa, ustaz pun boleh tahan juga huhu… pelik tapi benar… yang saman jiran ada, yang maki jiran ada, yang sabotaj jiran ada, yang nak bergaduh hantar gangster pun ada huhu… pening kepala… kekadang ada kes 20tahun berjiran ok ja tapi bila jiran sebelah ubahsuai / renovate rumah mula hati tak tenteram, mula perasaan hasad dengki tu muncul… memang di luar kotak pemikiran dan memang tak dijangka, banyak kes macam ni berlaku… seboleh2 jiran yang dengki dan mata merah ini nak pastikan ubahsuai / renovate rumah tu tak siap dan gagal, akan buat apa saja untuk pastikan kontraktor lari… yang paling mudah report kat majlis, jadi bila majlis check submission permit kita tak buat, memang check-mate lah… jadi hati2 yea…

Add Your Heading Text Here

Murah Betulkah Boleh Siap, Atau Sekadar Nak Menang Projek?

Selain daripada owner yang hendak ubahsuai / renovate rumah yang contact kami, kami juga menerima 3-5 wasap seminggu berkenaan rumah terbengkalai tak siap dan meminta kami sambung semula kerja ubahsuai / renovate tersebut sehingga siap. Tapi dalam kebanyakkan kes terbengkalai ini adalah disebabkan harga ubahsuai / renovate yang di bawah harga market price… memang harga yang ditawarkan adalah harga yang tak boleh siap… sebab tu lah terbengkalai… kesian pada owner yang terkena.

Ada kontraktor yang tidak bertanggungjawab menawarkan harga 60%-70% siap, maksudnya sepatutnya projek ubahsuai / renovate itu costnya rm100k, kontraktor scammer ini akan masuk harga rm60k-rm70k sahaja. Dah tentu lah owner pilih mereka sebab kontraktor lain masuk harga betul iaitu harga 100% siap, cuma sebab onwer tak tahu harga itu harga yang tak boleh siap, harga di bawah market… tujuan kontraktor ini adalah untuk menang projek sahaja, confirm diorang akan menang, betul tak? Tapi billa progress sudah capai 60%-70% mereka akan cuba play game supaya owner akan menambah lagi 30%-40% kos sepatutnya, baru lah siap… kalau tak dapat diorang lari ja… maka tinggallah rumah terbengkalai… sekian… wasalam… sedih kan!

Baca Lagi

Siapa Kami?

Salam perkenalan,

Saya Aziz Rahmat, pengasas kepada pakarubahsuai.com di bawah syarikat WNI RICH LEGACY SDN BHD yang beribupejabat di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Alhamdulillah selama 10 tahun kami telah membantu ramai owner yang berhajat untuk ubahsuai / renovate rumah di sekitar KL dan Selangor.

Saya dan isteri Wan Nor Izalin Wan Ismail merupakan graduan Civil Engineering Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai, Johor Darul Takzim. Alhamdulillah kami mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun sebagai Jurutera Civil (Awam) dalam pelbagai construction seperti bangunan, jambatan, jalanraya dan jalan keretapi termasuklah memegang jawatan sebagai Projek Manager syarikat kontraktor dan juga selaku Resident Engineer sebagai ketua wakil perunding memantau aktiviti kontraktor ditapak supaya mengikut spesifikasi.

Salam perkenalan,

Saya Aziz Rahmat, pengasas kepada pakarubahsuai.com di bawah syarikat WNI RICH LEGACY SDN BHD yang beribupejabat di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Alhamdulillah selama 10 tahun kami telah membantu ramai owner yang berhajat untuk ubahsuai / renovate rumah di sekitar KL dan Selangor.

Baca Lagi

In shaa Allah, dengan pengalaman yang kami ada bersama team management dan team pekerja mahir kami yang telah bersama kami lebih 10 tahun, kami akan membantu anda semua merealisasikan impian untuk ubahsuai / renovate rumah asal anda menjadi cantik, lebih luas, selesa dan lebih kemas. Kami doakan semoga hajat dan impian anda untuk ubahsuai / renovate rumah tercapai dan siap… Amin…

Saya dan isteri Wan Nor Izalin Wan Ismail merupakan graduan Civil Engineering Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai, Johor Darul Takzim. Alhamdulillah kami mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun sebagai Jurutera Civil (Awam) dalam pelbagai construction seperti bangunan, jambatan, jalanraya dan jalan keretapi termasuklah memegang jawatan sebagai Projek Manager syarikat kontraktor dan juga selaku Resident Engineer sebagai ketua wakil perunding memantau aktiviti kontraktor ditapak supaya mengikut spesifikasi.

In shaa Allah, dengan pengalaman yang kami ada bersama team management dan team pekerja mahir kami yang telah bersama kami lebih 10 tahun, kami akan membantu anda semua merealisasikan impian untuk ubahsuai / renovate rumah asal anda menjadi cantik, lebih luas, selesa dan lebih kemas. Kami doakan semoga hajat dan impian anda untuk ubahsuai / renovate rumah tercapai dan siap… Amin…

100 TOP YOUNG CEO 2019 AWARD

100 TOP YOUNG CEO 2019 AWARD

Kami Mudahkan Proses Pengubahsuaian Rumah Anda

9 Bantuan Istimewa Kami Khusus Untuk Anda

Site Visit & Lakaran Pelan Percuma​

Setelah anda wasap kami, kebiasaanya kami akan memohon kepada anda untuk melawat tapak/rumah yang hendak diubahsuai / renovate untuk mendapatkan lakaran yang tepat supaya Sebutharga dapat dibuat dengan tepat. Semasa site visit tuan/puan akan menyatakan kehendak ubahsuai / renovate rumah yang diinginkan sebagai contoh berapa bilik, area yang diperlukan seperti ruang tamu, ruang dobi dan sebagainya.

Struktur Adjustment / Modifikasi

Kepakaran kami adalah dalam stucture adjustment, sebagai contonya untuk meluaskan ruang tamu kena potong tiang asal ditengah2 rumah, baru lah ruang tamu nampak luas dan selesa. Bila lakukan ubahsuai / renovate rumah, ruang tamu dah luas, dinding semua dan pecah tapi ada tiang tertinggal sebab takut nak buang. Buruknya kan…. jadi kat sini perlukan ilmu struktur untuk transfer loading tiang tadi ke beam dan tiang lain, perkara ini bukan suka2 buat yea, kena ada ilmu struktur, Alhamdulillah pengasas kami, Aziz Rahmat akan membantu anda kerana dia adalah seorang Struktur Engineer.

Submission Permit Kerja Majlis

Kami menyediakan kemudahan kepada anda untuk permohonan submission ke Majlis Perbandaran sekiranya anda tidak mempunyai rakan arkitek atau pelukis pelan. Kami mempunyai rangkaian runner untuk setiap Majlis di Selangor dan KL selain daripada area ni kami minta maaf yea sebab kami fokus area Selangor dan KL sahaja.

Open & Flexible Quotation

Dahulu tidak banyak showroom tile dan sanitary fitting di pasaran, kini banyak showroom telah dibuka. Jadi sekiranya onwer pergi expo atau ada sales kat showroom2 ini dan owner hendak beli sendiri, owner boleh omit sahaja jumlah harga yang diperuntukkan dalam kontrak berkenaan harga material tile, sanitary fitting, pintu, gate dan sebagainya. Kemudahan ini kami berikan kepada client kami untuk mengawal budget mereka, kami namakan sebutharga kami ini adalah open & flexible.

Pembersihan Percuma Sebelum Handover

Kebiasaan praktis kami adalah sebelum handover rumah yang dah siap kepada owner kami akan memanggil cleaner team perempuan untuk bersihkan segala debu, kotoran binaan termasuklah mencuci semua tingkap dan peralatan tandas supaya kelihatan bersih dan baru, jadi owner boleh masuk rumah dengan senang hati dan bersih.

Lakaran 3D Percuma

1-2minggu selepas site visit kami akan lukis secara terperinci layout rumah anda secara 3D mengunakan sketechup secara percuma untuk memudahkan perbincangan lanjut seterusnya semasa briefing sebutharga.

Briefing Sebutharga

Bersama sama lakaran 3D yang telah siap, kami akan sediakan Pre-Quotation untuk memudahkan berbincangan dilaksanankan semasa proses Briefing Sebutharga. Semasa briefing ini akan explain secara details berkenaan kerja-kerja yang akan dilaksanakan ditapak berdasarkan lakaran 3D yang dibuat. Sekiranya anda mempunyai idea lain pada masa inilah lakaran 3D ini akan diubah secara on the spot sebagai contoh sekiranya tak nak dinding seperti yang dipropose dalam lakaran 3D kami akan buang serta merta dinding tersebut. Dengan adanya 3D ini amat memudahkan owner untuk membayangkan bagaimana hasilnya nanti ubahsuai / renovate rumah mereka masa siap nanti. Sekiranya proposal 3D dan PreQuotation ini tidak mencapai budget yang sesuai dengan owner kami akan mencadangkan kaedah pemotongan seperti resizing atau penukaran material kemasan untuk meet budget owner.

Nasihat Interior Design - Whatsapp Group Khas

Setelah lantikan dibuat, kami akan setup satu group wasap khas untuk anda bersama pengasas kami, sekiranya ada apa-apa soalan pengasas kami akan membantu anda memberikan pencerahan. Sebagai contoh anda google atau round di mana-mana terjumpa gambar yang menarik dan ingin bertanya apakah perkara tersebut, anda boleh share gambar dalam grup ini, In shaa Allah pengasas kami akan menjawap pertanyaan tersebut.

Shopping Kemasan - Tile / Aksesori Tandas / Lampu / Kabinet

Kami akan membawa owner ke panel2 supplier kami untuk memilih kemasan seperti pintu, tile, sanitary fitting dan sebagainya. Jadi owner mempunyai pilihan yang banyak bukannya diberikan 2-3 sample sahaja untuk memilih. Di dalam sebutharga kami, kami telah detailkan harga yang termasuk dalam sebutharga sebagai contoh untuk one piece wash closet (WC) kami lock price dalam sebutharga kami sebanyak rm550/pcs jadi bila pegi shopping nanti apabila onwer pilih WC yang berharga sama ok lah… sekiranya pilih harga lebih murah, ada saving, manakala sekiranya pilih yang lebih mahal, owner kena topup lebihan bayaran tersebut. Clear kan? Senang… tak perlu dan pening semuanya clear cut.

Add Your Heading Text Here

Antara Projek Pengubahsuaian Yang Kami Siapkan

Testimoni Pelanggan

Kenapa Perlu Pilih Kami Untuk Ubahsuai Rumah Idaman Anda?

In shaa Allah team kami sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda ubahsuai / renovate rumah anda menjadi lebih cantik, luas dan selesa. Berikut adalah antara kelebihan atau faktor mengapa anda perlu memilih kami sebagai kontraktor ubahsuai / renovate rumah impian anda

Pengalaman 10 Tahun Sejak 2009 Dalam Pengubahsuaian Rumah

Bantu Lebih 77 Owner Realisasikan Pengubahsuaian Rumah

Syarikat Sdn Bhd & Berdaftar CIDB G3

Mempunyai Team Supervisor Memantau Team Pekerja

Mempunyai Team Pekerja Mahir Yang Setia Lebih 10 Tahun

Tidak Pernah Tidak Menyiapkan Projek / Tinggalkan Terbengkalai Tanpa Sebab Munasabah

95% Owner Berpuas Hati Dengan Hasil Kerja Team Kami

Sebutharga Detail & Flexible Dengan Harga Gerenti Siap

One Stop Solution Dan Mempunyai Team Yang Lengkap

Pengalaman 10 Tahun Sejak 2009 Dalam Pengubahsuaian Rumah

Bantu Lebih 77 Owner Realisasikan Pengubahsuaian Rumah

Syarikat Sdn Bhd & Berdaftar CIDB G3

Mempunyai Team Supervisor Memantau Team Pekerja

Mempunyai Team Pekerja Mahir Yang Setia Lebih 10 Tahun

Tidak Pernah Tidak Menyiapkan Projek / Tinggalkan Terbengkalai Tanpa Sebab Munasabah

95% Owner Berpuas Hati Dengan Hasil Kerja Team Kami

Sebutharga Detail & Flexible Dengan Harga Gerenti Siap

One Stop Solution Dan Mempunyai Team Yang Lengkap

pakar ubah suai rumah

  • Area Ubahsuai Coverage Kami​

Area Ubahsuai Coverage Kami

Kuala Lumpur

  • Taman Melawati
  • Wangsa Maju
  • Ampang
  • Bukit Indah
  • Cheras
  • Danau Kota
  • Sri Damansara

Selangor

  • Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Gombak
  • Kajang
  • Sg.Buloh
  • Puchong
  • Puncak Alam
  • Rawang

Perkhidmatan Kami Adalah Special Untuk

Owner Yang Pentingkan Kualiti Bukan Semata Mata Cari Harga Terendah

Owner Yang Ingin Ubahsuai Sekitar KL & Selangor Sahaja

Owner Yang Tak Sanggup Melihat Pengubahsuaian Rumah Terbengkalai

Owner Yang Nak Hasil Ubahsuai Cantik, Tak Segan Untuk Tunjuk Kepada Jiran & Saudara Mara

Owner Yang Mempunyai Budget Planning Cash RM100K Ke Atas

Owner Yang Tak Sanggup Bertukar Tukar Kontraktor Untuk Siapkan Ubahsuai

Owner Yang Ada Budget 'Ngam-ngam' & Takut Bila Siap Kontraktor Caj Extra

Owner Yang Nak Peace Of Mind Semasa Ubahsuai Rumah Tanpa Stress & Unnecessary Cost Atau Halangan

Harga Promosi 2020

Dapatkan Diskaun RM7,777

Terhad Untuk 10 Pelanggan Pertama Sahaja

Scroll to Top